Kembali Tamat

AQIDAH TAHUN 2

SIFAT WAJIB BAGI ALLAH

SIFAT WUJUD

Di dalam mata pelajaran ini, murid dapat :

1. Menyatakan pengertian sifat wujud bagi Allah SWT.

2. Mengetahui dalil naqli dan aqli kewujudan Allah SWT.

3. Mempelajari kesan mempercayai sifat wujud bagi Allah SWT.

Discussion

Get answers directory from your instructor
if you have any question about this topic.

Sifat wujud

Pengertian dan lawan sifat wajib bagi Allah

sifat wujud

1) Apakah pengertian sifat wujud bagi Allah?
2) Apakah dalil naqli dan dalil aqli bagi sifat wujud Allah?
3) Apakah lawan bagi sifat wujud Allah?
4) Apakah hukum mempercayai sifat wujud bagi Allah?
5) Apakah kesan-kesan mempercayai sifat wujud bagi Allah?
MOHD ZAKARIA @ JAPERI BIN ABDULLAH

1 tahun yang lepas

jawapan :
1) Erti sifat wujud bagi Allah ialah "ada" iaitu sifat sifat wajib bagi Allah yang pertama sekali.kewujudan Allah itu tiada kaitan dengan sebarang tempat mahu pun masa.
2) Dalil naqli sifat wujud ialah ada dirakamkan dalm surah Al-an'am ayat 102 yang bermaksud: yang demikian( segala sifat-sifat dan kekuasaanNya)ialah Allah itu adalah Tuhan kamu dan tiada yang berhak disembah melainkan Allah.,yang menciptakan tiap-tiap sesuatu.maka hendaklah kamu beribadah kepadaNya dan ingatlah Dialah (allah) yang mentadbir segalanya..
manakala dalil Aqli pula ialah wujud atau adanya Allah itu wajib diyakini oleh semua makhluk kerana Allah itu terjadi dengan sendiriNya tanpa ada yang menjadikanNya.Kewujudan Allah itu tidak ada permulaannya dan tidak ada pengakhirannya sedangkan manusia ada permulaan dan ada pengakhirannya.
3)Lawan bagi sifat wujud Allah adalah 'adamun yang bermaksud tiada.sangat mustahil bagi Allah bersifat tiada.
4) Hukum mempercayai sifat wujud bagi Allah adalah wajib.
5) Kesan-kesan mempercayai sifat wujud bagi Allah ialah seseorang itu akan sentiasa mematuhi dan mentaati segala peeintah Allah SWT.selain daripada itu seseorang yang mempercayai sifat wujud bagi Allah juga akan sentiasa bersifat redha dengan segala kententuan Allah dan seseorang itu tidak berani melakukan sebarang kejahatan walaupun bersendirian.

sifat wujud

Erti sifat wujud bagi Allah ialah "ada" iaitu sifat sifat wajib bagi Allah yang pertama sekali.kewujudan Allah itu tiada kaitan dengan sebarang tempat mahu pun masa.
2) Dalil naqli sifat wujud ialah ada dirakamkan dalm surah Al-an'am ayat 102 yang bermaksud: yang demikian( segala sifat-sifat dan kekuasaanNya)ialah Allah itu adalah Tuhan kamu dan tiada yang berhak disembah melainkan Allah.,yang menciptakan tiap-tiap sesuatu