Kembali Tamat

AQIDAH TAHUN 3

SIFAT MUKHALAFATUHU LILHAWADIS

Di dalam mata pelajaran ini, murid dapat :

1. Menyatakan pengertian Sifat Mukhalafatuhu Lilhawadis.

2. Mengetahui dalil aqli dan naqli Sifat  Mukhalafatuhu Lilhawadis.

3. Mempelajari kesan mempercayai Sifat  Mukhalafatuhu Lilhawadis.

Discussion

Get answers directory from your instructor
if you have any question about this topic.

Pengertian sifat mukhalafatuhu lilhawadis Lil

Allah tidak sama dengan makhluk ciptaan ya.
Lawan bagi sifat mukhalafatuhu lilhawadis
MUHAMMAD HASIF SYAKIR BIN MAZL

4 bulan yang lepas

Lawan bagi sifat mukholafatuhu lilhawadis ialah mumathalatuhu lilhawadis

sifat mukhalafatuhu lilhawadis

1) Nyatakan pengertian sifat mukhalafatuhu lilhawadis?
2)Apakah dalil naqli dan aqli sifat mukhalafatuhu lilhawadis?
3) Apakah kesan mempercayai sifat mukhalafatuhu lilhawadis?
MOHD ZAKARIA @ JAPERI BIN ABDULLAH

1 tahun yang lepas

1) Erti sifat mukhalafatuhu lilhawadis ialah bersalahan Allah dengan segala yang baharu iaitu berlainan dengan semua makhluk yang Allah ciptakan samada pada zatNya,sifatNya mahu pun perbuatanNya.
2) Dalil naqli sifat mukhalafatuhu lilhawadis ialah ada di dalam surah As-syura ayat 11 yang bermaksud : Tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya(zat,sifat dan peebuatanNya) dan dia (Allah) maha mendengar lagi maha melihat. manakala dalil aqli pula ialah, Allah itu erdiri dengan sendiriNya tanpa mengharap bantuan dari siapa-siapa dan Allah tidak sempurna sekiranya Allah berdiri dengan bantuan makhluk lain.
3) Di antara kesan-kesan mempercayai sifat mukhalafatuhu lilhawadis ialah keyakinan seseorang itu terhadap Allah akan bertambah.Seseorang itu hanya mengharapkan bantuan dari Allah semata-mata dan bukannya bantuan makhluk lain.seseorang itu juga tidak akan mendekatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan syirik kepada Allah Ta'ala