Assalammualaikum wbt...
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Terima Kasih Kepada Penganjur dan semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun yang berada dibelakang tabir atas inisiatif dan komitmen atas perlaksanaan kursus ini.
Syabas dan Tahniah kepada Pihak KAFA SABAH yang telah berjaya menganjurkan Kursus Profesionalisme Guru KAFA Siri 2 2021 dikala musim pandemik ini.
Syukur alhamdulillah,melalui kursus ini banyak ilmu yang bermanfaat saya perolehi serta dapat saya upgrade ilmu dan sekaligus dapat saya aplikasikan dalam PdPR.
Semoga usaha murni ini akan membantu memantapkan khususnya kami Guru KAFA dan semoga terus cemerlang KAFA SABAH.