PERLAKSANAAN KURSUS ONLINE YANG SANGAT EFEKTIF

Kursus Jawi online yang sangat membantu dari segi pengukuhan ilmu dan pedagogi pengajaran. Kursus secara online ini juga sangat efektif dari segi penjimatan kos perbelanjaan serta flekibiliti waktu pembelajaran, membolehkan penumpuan perhatian yang sepenuhnya terhadap kursus, mengikut kesesuaian waktu individu.

Harapan agar kursus-kursus mendatang juga akan dilaksanakan secara online kerana ia amat efektif dalam memastikan output dapat disampaikan secara fleksibel dan berkesan. Tahniah dan terima kasih kepada ULBP JAKIM.