Assalamualaikum wrt.

Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda. Syukur Alhamdulillah kerana kami para guru- guru KAFA berjaya menyelesaikan Kursus Profesionalisme Guru KAFA Siri 2 bagi tahun 2021.

Banyak input-input ilmu kefahaman dan teori yang kami perolehi melalui kursus Profesionalisme ini dan seharusnya di aplikasikan di dalam dunia perguruan dan pendidikan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus melaksanakan dan memastikan semua guru- guru terlibat untuk menyelesaikan kursus ini.

Mudah-mudahan akan ada lagi kursus-kursus seperti ini di jalankan untuk guru- guru bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran dan pengalaman dalam arena pengajaran dan pembelajaran.

Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang tempoh kursus ini berjalan.

Syukran. Jazakallahu khairan jaza.